Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kawasan Bersejarah Di Malaysia

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan merupakan bandaraya yang terbesar sekali dan paling ramai penduduk. Kuala Lumpur banyak membekalkan bangunan-bangunan lama yang dibina semasa zaman pemerintahan British. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dijalankan di kota ini juga.

Tempat BersejarahJenisAlamatDaerahNota
Bangunan Sultan Abdul SamadBangunan BersejarahKuala LumpurBangunan ini dibina atas teknik reka bentuk Melayu dan Inggeris. Nama bangunan ini diambil daripada Sultan Selangor ke 4,Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang pertama menerima pengaruh British di negeri Selangor. Ketika ini Kuala Lumpur berada di bawah Selangor dan juga ibu negeri Selangor sehinggalah diberikan kepada kerajaan persekutuan pada tahun 1960 an.
Muzium NegaraMuziumKuala LumpurMuzium Negara sebelum ini dikenali sebagai Muzium Selangor yang direka oleh Jabatan Muzium ketika itu. Namun Muzium Selangor itu musnah akibat ancaman tentera Jepun ketika menyerang Kuala Lumpur. Kemudian Muzium itu dibina semula dan diberi nama Muzium Negara sekitar tahun 1960 an.
Tugu NegaraMonumenKuala LumpurTugu Negara yang berada di Kuala Lumpur ini melambangkan semangat juang pahlawan negara menuju ke arah kemerdekaan.